Para pelawat yang berminat untuk menjadi ahli GAMTET dan memenuhi kriteria untuk menjadi ahli GAMTET bolehlah memuat-turun dan mengisi borang di bawah.
borang1.doc
Borang yang telah diisi bolehlah dihantar kepada Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha melalui e-mail masing-masing.
Untuk menjadi ahli anda hendaklah mematuhi kriteria berikut:
- Lahir di Terengganu
- Ibu atau Bapa lahir di Terengganu
- Menetap di Terengganu lebih dari sepuluh tahun.
Jika anda menghadapi masalah memuat-turun borang anda bolehlah menghantar e-mail kepada Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha dengan format berikut (keahlian anda akan diproses dengan seberapa segera yang mungkin):
Nama:
Alamat di Malaysia:
Alamat di Eropah Timur:
E-mail:
Negara bermastautin:
No Telefon (Malaysia):
No Telefon di Eropah Timur:
Rakyat Terengganu kerana:
( ) Lahir di Terengganu
( ) Ibu atau Bapa Lahir di Terengganu
( ) Menetap di Terengganu lebih dari 10 tahun.
Sukacita dimaklumkan pihak GAMTET cawangan CSMU merancang satu pertemuan dengan pucuk pimpinan negeri Terengganu Darul Iman pada cuti musim panas 2008. Oleh itu sebarang proses keahlian sebaiknya disegerakan kerana pihak kami dapat merancang bilangan ahli yang akan hadir pada tempoh tersebut.
Kepada ahli-ahli yang berminat untuk memegang jawatan di dalam GAMTET (khasnya kepada ahli cawangan Russia) bolehlah mengemukakan cadangan untuk diadakan Mesyuarat Agung GAMTET pada mana-mana waktu yang difikirkan sesuai pada cuti musim panas. Cadangan bolehlah dikemukakan kepada Presiden atau Timbalan Presiden.
Terima kasih dan harap maklum.
Berkait:
E-mail Presiden: fa_crow@yahoo.com
E-mail Timbalan Presiden: dunia_kami@yahoo.com
E-mail Setiausaha: hata010@gmail.com



Tujukkan sokongan anda untuk kembalikan royalti minyak pada kerajaan negeri