Alhamdulillah pada tengahari tadi telah berlangsungnya Annual Grand Meeting GAMTET Kali Ke-2 dengan jayanya. Dengan berlangsungnya pilihanraya yang telah dijalankan dengan penuh prinsip-prinsip demokrasi ini, kami telah menyaksikan pemilihan individual berikut untuk menerajui GAMTET sesi 2009/2010.
Presiden: Muhammad Fakhrurrazi bin Ahmad
Timbalan Presiden: Mohd Asrol Hafizi bin Abdul Majid
Setiausaha: Nur Marlina bin Anuar
Bendahari: Mohd Firdaus bin Mohamad Kamil
Ulasan sekitar AGM GAMTET:
Alhamdulillah proses berjalan dengan lancar, dengan bantuan Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik khas untuk mengendalikan pilihanraya ini. SPR ialah Ah Looqe, Wan Jarjis, Falah dan Goerge. Sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka.
Kepada MT GAMTET yang baru, diharapkan dapat melaksanakan tugas ini dengan sebaik-baiknya dan melaksanakan semua proses dengan penuh cemerlang dan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang telah terpilih dan kepada mereka yang tidak berjaya diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada yang terpilih.
Semoga pengurusan GAMTET yang baru akan lebih berjaya lagi menerajui kelab ini berbanding pengurusan silam. Majulah GAMTET untuk negara!







hope bro fakrurrazi dpat jlankan tggjwb ngan bek.
xstudent pn majidah