Pada 4 Oktober 2008 telah diadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri oleh pelajar-pelajar CSMU. lebih 200 tetamu dari pelbagai kaum telah dijumput hadir untuk memeriahkan majlis. majlis yang diadakan bukan sahaja sebagai satu perayaan menyambut aidilfitri tetapi juga sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan silturahim bukan sahaja sesama muslim tetapi juga sesama rakyat Malaysia umumnya yang terdiri daripada berbagai kaum. Diharap majlis seperti ini dapat diteruskan dan menjadi suatu resam yang tidak dilupakan.













