Sukacita dimaklumkan satu Kem Kepimpinan bertarikh 20 Ogos – 22 Ogos 2008 akan dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu dibawah Yang Berhormat Tuan Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri dengan anjuran bersama pihak Yayasan Terengganu bertempat di negeri Terengganu Darul Iman.
Pelawaan ini terbuka kepada semua pelajar perubatan negeri Terengganu dan khususnya ditujukan kepada semua pelajar dibawah tajaan pihak Yayasan Terengganu. Adalah diharapkan semua ahli GAMTET dapat menyertai kem ini yang disediakan percuma oleh pihak Yang Berhormat.
Semua persoalan bolehlah ditujukan kepada pihak kami untuk urusan pendaftaran.
Dukacita dimaklumkan Kem Kepimpinan Pelajar telah dibatalkan kerana kesuntukan masa dan ahli untuk menghadiri kem tersebut. Walaubagaimanapun Majlis Makan Malam Perdana bersama pihak Yayasan Terengganu dan Exco Terengganu Yang Berhormat Tuan Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri akan tetap berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada 20 Ogos 2008.
Majlis Makan Malam ini akan berlangsung dengan kerjasama semua pelajar perubatan yang dibawah tajaan Yayasan Terengganu dari UK, Indonesia, Russia, Czech Republic dan Mesir. Sebarang persoalan bolehlah ditujukan kepada Mohd Asrol Hafizi bin Abdul Majid atau bolehlah menelefon beliau di talian 017-9297843.
Para pelajar dibawah tajaan Yayasan Terengganu adalah diwajibkan hadir. Namun begitu para pelajar perubatan yang berminat juga boleh menyertai tanpa sebarang kos yang dikenakan.
Segala kos pendaftaran dan Majlis Makan Malam Perdana ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Yayasan Terengganu dan Kerajaaan Negeri Terengganu. Menteri Besar Terengganu sendiri YAB Datuk Ahmad Said akan dijangka hadir bersama Exco-Exco Kerajaan Negeri yang lain. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi pemangkin merapatkan ukhuwwah sesama para pelajar perubatan bersama barisan kepimpinan Negeri Terengganu Darul Iman.


