Pada 25 April 2009 yang lalu, Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu telah sudi meluangkan masa menziarahi pelajar-pelajar Terengganu yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Crimea State Medical University (CSMU), Ukraine.

Menanti ketibaan delegasi di Pintu Masuk khas

Delegasi yang sepatutnya diketuai oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Ahmad Said telah digantikan oleh YB Ahmad Razif Ab. Rahman (Exco Pendidikan Negeri) kerana beberapa masalah teknikal.
Seramai 16 orang telah menyertai rombongan ini. Antaranya termasuklah YB Dr. A. Rahman Mokhtar (Exco Kesihatan Negeri), Dato’ Mazlan Bin Ngah (Pegawai Kewangan), Hj. Mohamad Kamil Bin Othman (Pegawai Daerah Kemaman), Hj. Wan Nawawi Ismail(Pegawai Daerah Setiu), Hj. Kamaru Al-Amin (Pengarah YT), Hj. Zakaria (Timb. Pengarah YT), Ir. Ghazali Hashim (Timb. Pengarah Jab. Kerja Raya) serta Hj. Razali Mahmud (Penaung GAMTET).

YB Razif, Pro-Rektor CSMU(A.D. Sakhaltuyev) dan Dekan CSMU (E.A. Savchuk) dan Hj. Wan Nawawi

Hj. Razali dan Dr. Dya
Delegasi tiba di Lapangan Terbang Simferopol pada jam 12.00 tengahari. Mereka disambut oleh Pro-Rektor CSMU, A. D. Sakhaltuyev dan Dekan CSMU, E.A. Savchuk serta wakil dari GAMTET. Sebaik tiba, mereka menjamu selera di kafe makanan Tatar, Restoran Divan.

Sambutan hangat mahasiswa CSMU
Seterusnya, delegasi bertolak ke Crimea State Medical University dengan disambut oleh wakil-wakil mahasiswa di sana dari GAMTET, MSC, KUU, MCA dan MIC. Delegasi seterusnya mengadakan mesyuarat khas dengan pihak universiti yang diketuai oleh Rektor Universiti, Prof. Babanin.

wakil-wakil mahasiswa

DrLung mempamerkan kehebatan bersilat
Pada malamnya pula, pihak delegasi beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiswa CSMU di dalam Majlis Makan Malam di Banquet Hall TNU.


Pihak kerajaan negeri amat bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada GAMTET dan Malaysian Student Council (MSC). Bagai mendapat durian runtuh, setiap anak negeri Terengganu pula mendapat US 200 setiap seorang.

Mahasiswa dan delegasi

Mahasiswi dan delegasi
Lawatan ini juga amat bermakna kepada beberapa orang sahabat kami kerana ibu bapa mereka turut menyertai delegasi ini. Kesempatan ini menjadi saat yang indah bagi mereka melepaskan kerinduan.

Izwan dan ibu bapanya

Reunion Amirul Nazri dan Mohd Firdaus

Zainizam dengan Ibu dan Bapa Saudaranya

Pengarah YT, Hj. Kamarul Amin dan isteri
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak delegasi atas kesudian dan cakna mereka kepada kebajikan mahasiswa Terengganu. GAMTET juga memohon jutaan ampun dan maaf jika ada tersalah silap baik kata mahupun perbuatan sepanjang menjadi tetamu kami.